Seringkali kita mendengar MEDICAL CARD atau KAD PERUBATAN . Kebanyakan dari kita sudah mengetahui secara jelas kelebihan dan manfaat medical card ni .
Di kesempatan ini ingin saya berkongsi beberapa point penting tentang manfaatnya supaya tulisan ini dapat dipanjangkan kepada sahabat sahabat yang masih belum faham tentang medical card.
MEDICAL CARD ialah Kad Perubatan yang dikeluarkan oleh sesebuah Syarikat Takaful bagi membolehkan peserta / orang yang dilindungi mendapat Kos Rawatan percuma di Hospital-hospital Panel seluruh Malaysia. Perkhidmatan ini juga tertakluk kepada jenis Plan insurans( takaful) yang diambil oleh peserta. ini bermaksud MEDICAL CARD ini hanya berfungsi sewaktu sakit sahaja , sebab itulah MEDICAL CARD ini merupakan PROTECTION yang bertindak melindungi duit simpanan kita dari membayar kos rawatan .
PERKARA YANG PENTING ANDA PERLU IALAH mana-mana Syarikat Takaful tidak akan menanggung kos rawatan sakit kita yang sudah sedia ada sebelum anda sign-up MEDICAL CARD. .Syarikat hanya menanggung kos rawatan sakit peserta selepas sign-up MEDICAL CARD.
Bayaran caruman peserta setiap bulanan akan ditentukan oleh Syarikat berdasarkan risiko pekerjaan peserta , umur , gaya hidup ( merokok,vape / tak ) serta jantina peserta.
KEPENTINGAN MEDICAL CARD
Bila sakit, Anda tak perlu susah2 mengeluarkan duit simpanan anda dalam bank semata-mata untuk bayar Kos Rawatan . Hospital Kerajaan kan ada? kita kena ingat tak semua rawatan di Hospital Kerajaan itu percuma. Tambahan pula anda terpaksa menunggu giliran ,Kadang2 terpaksa menunggu berbulan bulan..kesian kan . So ,bila ada medical card ni kita boleh terus akses kepada Hospital Panel . Memang selesa , tak perlu susahkan keluarga untuk bayarkan Kos Rawatan kita , dan tak perlu beratur lagi untuk menunggu giliran
2) Malang tak berbau , takde siapa mintak diuji dengan kesakitan , takde siapa yang suka di uji dengan sakit kritikal . Takde siapa yang sangka akan berlaku kemalangan malam nanti. Sebab itu lah kita perlukan PROTECTIOAN ( MEDICAL CARD) .bila kita sakit nanti kita akan rasa menyesal sebab tak apply cepat2 medical card ni.
3) Tak perlu jual aset untuk bayara kos rawatan , selagi kita ada peluang untuk ambik medical card , sign up cepat2 ,sebab bila dah terlambat , menyesal tak sudah . mana nak cari kalau doctor mintak RM100,000 cash . soterpaksa lah jual motor jual kereta jual kebun
.
4) company tempat kerja coverage rendah , kadang2 hanya RM10K sahaja , kadang2 hanya tanggung sakit biasa sahaja , medical card company ni hanya cover kita waktu kita kerja je , kalau kita diberhentikan sebab sakit kita atau kita dah pencen , mampukah kita menanggung kos rawatan kita
5) Kos rawatan sakit kritikal amatlah tinggi ,kos rawatan akan meningkat setiap tahun , dengan kos sara hidup yang makin meningkat ini ,amat memeritkan jika kita tiada medical card untuk membayar kos sakit kita. Tentunya jika kita diberi pilihan samada rawatan Hospital Kerajaan atau Swasta . kita akan pilih hospital swasta kerana layanan yang selesa , pantas .
6) medical card tak menjadikan anda kaya , tapi tanpa medical card anda boleh muflis . Ramai orang2 kaya yang kehilangan duit dan aset kerana membayar kos rawatan . Bahkan ada jutawan muflis dan bunuh diri memikirkan kos rawatan .
7) Peruntukan Coverage kos rawatan yang tinggi , sehingga RM1 juta disediakan kepada anda , so anda tak perlu risau dengan kos rawatan anda dan keluarga , namun ia bergantung kepada pakej atau plan medical card anda . Anda perlu membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan medical card yang sesuai dengan anda serta sesuai dengan keadaan kos rawatan yang makin meningkat .
So , inilah secara ringkas dan point yang terpenting tentang kepentingan medical card . Yang paling penting ialah anda bertanya kepada Perunding Takaful untuk info lanjut berkenaan medical card
untuk info lanjut boleh ke website saya https://adibmubarak.com/perubatan/
untuk mengetahui caruman bulanan boleh dapatkan quotation percuma di https://adibmubarak.com/daftar/
atau hubungi dan whatsapp saya di www.wasap.my/60189169761
Terbaik perkongsian Tuan adib. Alhamdulillah marilah kita sama2 mendidik masyarakat malaysia khususnya tentang kepentingan manfaat medical card ini. semoga tuan sentiasa dirahmati Allah